Privacy Policy

A. Pengenalan

Cowaybrand.com bertanggungjawab dan komited dalam melindungi Data Peribadi
(seperti yang ditakrifkan di bawah). Notis Privasi ini (“Notis”)
menerangkan tentang pengutipan, pemprosesan, penyimpanan, pengekalan dan
pendedahan Data Peribadi anda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010.

Sila ambil perhatian bahawa kami merizabkan hak untuk menukar, meminda
dan/atau mengubah Notis ini pada bila-bila masa. Versi terkini Notis ini akan
disediakan di laman web Coway di cowaybrand.com. Sila periksa Notis ini pada
Pautan ini dari semasa ke semasa, terutamanya sebelum anda menyerahkan Data
Peribadi tambahan kepada kami.

 

B. Pengumpulan Data Peribadi

Kami mengumpul dan memproses data peribadi semasa anda berurusan dengan
kami, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

     I.        butiran peribadi anda seperti nama,
nama syarikat, alamat kediaman, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir,
bangsa, jantina, status perkahwinan, nombor kad pengenalan, nombor pasport dan
kewarganegaraan,

    II.        butiran pembayaran anda, seperti nombor
kad debit / kredit anda dan nama bank yang mengeluarkan kad debit / kad kredit
anda; dan

  III.        butiran lain yang berkaitan dengan
individu lain yang mungkin dikenal pasti dari maklumat, data atau dokumen yang
anda berikan kepada kami; atau

  IV.        sebarang maklumat peribadi lain yang anda
berikan kepada kami semasa anda berurusan dengan kami.

(secara kolektif dirujuk sebagai “Data Peribadi”)

 

Kami mungkin mengumpul Data Peribadi:

     I.        apabila anda membuat pertanyaan atau
berkomunikasi dengan kami mengenai produk atau perkhidmatan kami;

    II.        apabila anda membuat kontrak dengan
kami;

  III.        apabila anda mengambil bahagian dalam
acara promosi kami;

  IV.        dari sumber umum sedia ada;

   V.        apabila anda mengakses laman web kami;

  VI.        apabila kami menyediakan sebarang
barangan atau perkhidmatan kepada anda;

VII.        apabila anda memberikan
maklum balas kepada kami; atau

VIII.        jika berkaitan, dari
pihak ketiga.

 

C. Tujuan

Kami boleh menggunakan Data Peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk
tetapi tidak terhad kepada tujuan berikut:

     I.        menyediakan penjagaan pelanggan dan
meningkatkan kepuasan pelanggan, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada
menyelesaikan aduan, mengurus dan / atau membalas permintaan dan pertanyaan,
jaminan, pulangan dan perkhidmatan selepas jualan lain;

    II.        menguruskan dan mengekalkan hubungan
kami dengan anda;

  III.        memaklumkan anda mengenai produk atau
perkhidmatan Coway, promosi, diskaun, dan / atau acara;

  IV.        untuk penyimpanan rekod dalaman atau
tujuan pentadbiran lain;

   V.        untuk tujuan analisis statistik;

  VI.        untuk tujuan pengrekruitan;

VII.        untuk pengurusan maklumat
dan tujuan keselamatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan dan
pentadbiran e-mel, pengendalian dan penyiasatan sebarang isu berkaitan
keselamatan, kerentanan, dan / atau insiden;

VIII.        menjalankan apa-apa
fungsi yang diberikan oleh undang-undang dan / atau ke arah pentadbiran
keadilan; dan / atau

  IX.        bagi apa-apa tujuan bersampingan dalam
penerusan tujuan yang tersebut di atas

 

(secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”).

 

D. Pendedahan Kepada Pihak Ketiga

 

Jika dan apabila perlu, berkaitan dengan tujuan di atas, Data Peribadi anda
boleh didedahkan dan/atau dipindahkan kepada pihak ketiga yang mungkin berada
di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

     I.        pihak sekutu kami;

    II.        pekerja, ejen atau kontraktor yang
diberi kuasa dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang lain yang memberikan
perkhidmatan kepada Coway untuk mana-mana Maksud yang dimaksudkan dalam
Perenggan 3;

  III.        penasihat profesional luar dan
juruaudit ; dan / atau

  IV.        jabatan dan pihak berkuasa kerajaan.

Di samping itu, kami juga boleh mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi
kepada pihak ketiga di atas untuk tujuan apa-apa usaha korporat yang melibatkan
Coway termasuk sebarang penggabungan atau pengambilalihan.

 

E. Keselamatan Data Peribadi

 

Kami mengekalkan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang
sesuai untuk melindungi keselamatan Data Peribadi daripada kerugian,
penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pendedahan atau pengubahan.

F. Akses dan Pembetulan

Anda boleh menyemak, menukar atau meminta penghapusan maklumat peribadi
anda dengan menghantar permintaan bertulis melalui alamat e-mel seperti yang
diperuntukkan dalam Perenggan 14 di bawah.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh menolak permintaan
anda dan akan memberikan sebab untuk penolakan tersebut; atau mengenakan suatu
fee yang ditetapkan kepada anda.

G. Kebenaran, Penarikan Kebenaran dan Opsyen-Keluar (Opt-Out)

Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Notis ini, kami hanya mengumpul
Data Peribadi yang anda berikan kepada kami. Jika anda tidak bersetuju Data
Peribadi anda dikumpul oleh kami, sila jangan memberikan maklumat anda atau
mengakses laman web kami. Dengan melawat laman web kami, memberikan Data
Peribadi kepada kami, atau berinteraksi dengan kami, anda akan dianggap telah
membaca dan memberikan persetujuan kepada kami untuk memproses Data Peribadi melalui
cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Anda boleh menarik balik persetujuan anda
terhadap pemprosesan data peribadi kami untuk tujuan-tujuan di atas, pada
bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan yang
diberikan di Perenggan 14. Jika kami tidak menerima apa-apa notifikasi daripada
anda mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, kami akan terus memproses untuk
Tujuan sebagaimana dinyatakan di atas, atas dasar bahawa anda teleh memberikan
persetujuan semasa dan terdahulu untuk pemprosesan Data Peribadi menurut Notis
ini.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan barangan
atau perkhidmatan kami jika anda tidak memberi persetujuan atau menarik balik
persetujuan anda untuk mana-mana Tujuan.

Walau apa pun peruntukan lain dalam Notis ini, anda boleh menarik diri (Opt
out) atau menghentikan langganan bahan promosi kami dengan menghantar e-mel
kepada kami ke butiran perhubungan yang diberikan di Perenggan 14.

Di mana anda memberikan kami Data Peribadi subjek data lain, anda bersetuju
bahawa anda hendaklah memastikan bahawa subjek data telah memberi persetujuan
terhadap Notis ini.

H. Laman Web Kami

Kami mungkin menyediakan pautan ke laman web lain. Adalah dimaklumkan
bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman web tersebut. Sekiranya anda
memaut atau sebaliknya melawat mana-mana laman web lain, sila semak dasar
privasi yang diposkan di laman web tersebut.

“Cookie” adalah elemen data yang boleh dihantar ke pelayar
(browser) anda. Pelayar anda kemudian boleh menyimpannya pada sistem anda
berdasarkan keutamaan yang telah anda tetapkan pada pelayar anda. Cookies
mengumpul maklumat mengenai sistem pengendalian anda termasuk, tetapi tidak
terhad kepada, jenis pelayar, dan alamat Protokol Internet (IP). Laman web kami
menggunakan maklumat ini untuk membuat analisa lalu lintas di laman web kami
untuk tujuan memberikan anda layanan yang lebih baik apabila anda kembali ke
laman web kami. Bukan niat kami untuk menggunakan maklumat sedemikian untuk
mengenal pasti pengguna secara peribadi. Anda mempunyai pilihan untuk
mengkonfigurasi pelayar Internet anda untuk memaklumkan anda apabila anda
menerima cookie, memberikan anda peluang untuk memutuskan sama ada untuk
menerimanya atau tidak. Selanjutnya, anda mempunyai pilihan untuk menyekat
semua cookies. Sila ambil maklum bahawa jika anda menolak atau sebaliknya
menyekat cookies anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi yang
terdapat di laman web.

I. Pertanyaan Atau Aduan

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang aduan
mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi kami melalui butiran
hubungan seperti berikut:

×

Powered by WhatsApp Chat

× How can I help you?